Rabu, 9 Jun 2010

"Ha Cantato Poesie.." - Andrea Pirlo




"Ha cantato poesie" dengan "Sang ha rima" tak lari mana dia punya maksud. Kalau ada pun, mungkin sikit sangat. Barangkali, kalau dekat Milan, Pirlo cakap "Ha cantato poesie..", dekat Turin pula, Buffon cakap, "Sang ha rima..". Cuma mungkin Roberto Mancini menjadi berlagak bila duduk Manchester taknak lagi bercakap Italiano berkata, "He sings poem.." Gua cakap, mungkin. Pendek kata, kalau dekat Malaysia, Noryn Aziz misalnya akan berkata, "dia menyanyikan sajak.."

Kalau lu orang konsisten dengan perenggan pertama di atas, gua dapat rasa yang gua telah dilahirkan untuk menjadi seorang yang seni. Boleh jadi maksud menyanyikan sajak ini adalah menjadi seorang penyanyi yang tinggi nilai sentimentalnya. Maksud gua seperti M. Nasir ataupun Kopratasa. Bukanlah menyanyi ikut sedap mulut macam lagu, "Hey hey hey hey, aku tak percaya cinta.."

Lain daripada itu, gua barangkali boleh jadi seperti Noraniza Idris. Noraniza Idris adalah penyanyi wanita yang lain langsung dengan Search, Wings, Bunkfes dan Black Eyed Peas. Malah sama-sama wanita seperti Candy dan Pussycat Dolls juga lain langsung gaya nyanyian akak Noraniza. Walaupun begitu, akak ini bukanlah seorang yang calang-calang. Bagi beliau, ketika dekad 90'an dulu, masuk Juara Lagu adalah seperti rutin tahunan seperti menyambut hari lahir, hari guru, hari raya korban, dan final Piala Malaysia. Tiap-tiap tahun boleh masuk Juara Lagu. Sekarang ni cakap kat gua sape yang boleh buat macam tu? Siapa? Tomok??!

Dari segi lain pula, menyanyikan sajak ni boleh jadi maksudnya mendeklimasikan sajak. Apa-apa pun tukang baca sajak juga tergolong dari anak seni. Gua mungkin boleh jadi macam A. Samad Said, Marsli N. O, ataupun Nik Mohd "Husin" Fahmi. Nik Mohd "Husin" Fahmi merupakan kawan sekolah rendah gua yang menjadi kawan gua jugak semasa di IPT.

Nik Mohd "Husin" Fahmi ni tak pernah lagi gua jumpa orang baca sajak macam beliau. Masa gua darjah empat dulu ada satu minggu apa entah, Minggu Bebas Jenayah barangkali. Dalam minggu tu, beliau ada sekali wakil rumah turut serta pertandingan sajak peringkat sekolah. Pelik jugak gua apa benda kaitan sajak dengan bebas jenayah.

Beliau punya baca sajak memang stailo. Waktu beliau mendeklamasikan sajak, semua hadirin dewan berasa gembira tidak patut. Gua boleh keluar air mata ketawa dengan penyampaian beliau, sungguh menjadi. Paling gua tak lupa adalah scene kertas sajak yang beliau pegang terlepas dari tangan ditiup angin. Namun, sebagai seorang penyajak yang berintegriti, beliau boleh mengakhiri sajak tersebut tanpa teks dengan ayat," Untuk agama bangsa dan negara.." Lu orang pernah jumpa penyajak yang sebegini stailo?

Oh ya, bercakap pasal sajak, di sini ada pelbagai puisi. Sekarang ni tengah top pasal Kubah Biru..

6 ulasan:

  1. sang harima.
    lu memang biras a samad said
    lu memang a sembap said..
    gua respek lu gini beb!!

    BalasPadam
  2. haha,gua pon ade dengar nik husin fahmi bace mase skola dulu..
    tapi pegang buku..

    BalasPadam
  3. ow.. kiranya sekolah menengah pun dia into lagi dengan sajak rupanya..

    BalasPadam
  4. caya la sangharima.
    produktif!!

    BalasPadam