Selasa, 18 Mei 2010

Cubaan Mengepos Entri Sebelum Pergi Bermain Bola di Samping Memberi Sedikit Nasihat Kepada Para Pemblog.

Ketika gua terlampau banyak masa sampai tidur pun rasa puas, gua sempat menjenguk blog-blog orang kebanyakan di negara kita. Orang-orang kebanyakan ni bolehlah tergolong daripada penjual mee goreng, pelajar sekolah menengah, juruteknik Telekom, cikgu tadika, warden penjara, budak maktab, penganggur, penarik kereta, pekerja pejabat swasta, pemandu lori, posmen, kerani pejabat tanah, krew Akademi Fantasia dan tukang buat wau. Manakala orang bukan kebanyakan bolehlah diberi kepada Ulamak-ulamak, menteri-menteri, pemain Badminton Negara, Pelumba basikal trek velodrome dan Juri Imam Muda. Pemain Bola Sepak professional sebenarnya tergolong jugak, tetapi bila gua tengok pada corak permainan mereka, gua jadi yakin tak yakin nak bubuh ke tak nak bubuh.

Beralih kepada cerita blog-blog orang kebanyakan, gua perhati orang-orang kebanyakan sekarang sudah mula berani untuk mengutuk memaki orang-orang bukan kebanyakan kategori ulamak. Ulamak ni bukan sembarangan punya manusia, banyak ilmu punya orang. Ilmu mereka bukan takat tahu kentut itu batal air sembahyang, malah mereka tahu lebih dari apa yang gua tahu. Sampai gua tak tahu nak tulis apa. Gua bukan apa, orang yang mengutuk tu bukannya tidak terpelajaran, paling paling cikai pun lepas Bahasa Melayu SPM. Nasihat gua, berhentilah berperangai sebegini. Benda kutuk maki ulamak ni bukanlah sesuatu yang elok, malah boleh memburukkan keadaan diri, keluarga dan masyarakat setempat.

Gua bukannya apa, selama gua hidup ni, dah banyak gua dengar orang jadi gila lepas buat kerja-kerja macam gini. Lepas tu datang mintak maaf balik dengan ulamak. Takkan la lu orang nak tunggu dapat gila baru lu orang terhegeh-hegeh nak mintak maaf. Nanti jadi apa-apa, barulah sakit gila dapat, malu pun dapat. Gua cerita betul ni.

Gua tahu menahu benda ni sebab gua duduk Marang. Dekat-dekat area Marang ni ada seorang ulamak dekat Rusila. Kalau tak silap nama beliau Abdul Hadi. Rusila tu bukannya gua jarang pergi, selalu jugak. Boleh kata tiap-tiap minggu bawak ibu bapa gua. Tapi dalam tiap-tiap tu ada la dua kali gua masuk masjid. Itu pun lapan belas kali gua tersengguk-sengguk, lapan kali main solitaire dalam telefon pintar, empat kali balas-balas mesej, dan dua kali fokus.

Tiap-tiap yang lain, gua lebih gemar menapak di bangsal 'bundle', mencari kalau kalau ada baju untuk buat pergi bandor, tengok bola, kenduri kahwin, makan cendol kedai Kak Tun, buat smart, atau buat pergi sembahyang jumaat. Gua pakai 'bundle' sebenarnya bukan gua takdok sen sangat, tetapi lebih kepada gua mahukan kesederhanaan dalam perbelanjaan. Sesuai dengan kerjaya gua sekarang, dalam pemakaian dan perbelanjaan gua kena bersederhana. lagi pun kata orang, tak macam setengah setengah orang yang suka beli ikut dang tapi bayar pakai hutang, Rasulullah lebih gemar bersederhana. Tak salah kalau gua bersederhana jugak kan??


*Kalau cerita dekat area Pulau Melaka, gua tak tahu mana. Lu orang tanyalah budak budak kat sana macam mana macam mana.

4 ulasan:

  1. pulau melake kt kelantan aku rase sang harima..
    hok semayang subuh same ramai ngn semayang jumaat..
    betol x??

    BalasPadam
  2. byeh r embap..
    teruskan usaha anda..

    BalasPadam
  3. ulamak ni bukan sebarangan orang leh dapat title.bahkan ustaz azhar yang kite dok dengar ceramah diyer pun dok kater dier tue alamak.fikirkanlah wahai insan2 yang jahil

    BalasPadam
  4. Tanpa nama kat atas. Bukan ulamak yang bagi title dia ulamak. Tapi orang bagi kerana ilmu ulamak tu. Ustaz Azhar tak sampai tahap lagi bro.. Tapi tok guru Ayoh Chik memang orang (baca:seluruh dunia) akan merujuk kepadanya bab-bab siyasah. Membaca biar meluas..!

    BalasPadam