Khamis, 25 Mac 2010

Sekilas Marang Maju 2015

Selepas dua tahun merantau ke Petaling Jaya untuk menimba ilmu, pengalaman, makwe, dan jugak tshirt orientasi secara percuma, maka gua pun pulang ke kampung halaman kat Terengganu untuk selama beberapa bulan. Sebenarnya, dalam dua tahun tu, jenuh jugak gua pulang ke kampung, Cuma kali ini selepas tiga bulan, baru gua pulang ke kampung. Lagi pun gua akan duduk lama kat kampung gua. Secara tak langsung gua jugak terlibat sama dalam pembangunan di tanah tumpah darah gua ni. Jadi gua mengharapkan satu perubahan dalam mencapai matlamat Marang maju 2015. Entah bagaimana definisi maju bagi bandar Marang pun gua tak tahu. Sejak kecil lagi gua tengok ayat Marang Maju 2015 kat bumbung pejabat daerah, tapi bila gua besar sebarang perubahan gua tak nampak lagi selain lampu trafik ada nombor. Itulah perubahan paling kontemporari, itu pun cuma bertahan dua bulan, lepas tu nombor dah tak nyala-nyala sampai sekarang.

Gua tiba kat Marang dalam pukul 12.03 tengah malam. Macam biasa, memang takde orang kat sini. Kawasan mat rempit pun bukan belah sini, belah dalam sana. Tu sebab suasana kat Marang memang sunyi bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi. Gua tengok sekeliling lampu isyarat, “Hmm.. takde perubahan. Cuma kedai runcit sebelah bangunan UMNO je ada signboard besar ada gambar air botol Revive. Dulu takdok lagi,” monolog hati gua. Gua pulak memandang ke arah sotong dan udang besar. Juga takde perubahan.

Usai menghantar Mat Arsenal ke Gong Badak, gua memacu kereta masuk ke kampung gua pulak seorang diri. Masa kat simpang sotong ngan udang, gua melihat jam dah pukul 2.04 pagi. Lapan minit perjalanan gua, gua masih lagi mencari-cari sekiranya ada kemajuan di sekitar jalan menuju ke Kampung gua. Gua sedikit hampa. Budak kontrak mesti kena kerja lebih kuat dan keras ni jika Marang berkeras jugak nak maju masa 2015. Terutamanya budak-budak Indon. Budak-budak Malaysia Cuma kira batu bata je, tak sampai pukul 11.30 dah tidur belakang bangunan. Bukan gua tak tahu, gua pun pernah berkecimpung dalam industri ni dulu. Dah le buat kat tempah teduh. Budak-budak Vietnam pun boleh tahan jugak masak nasi goreng tengah-tengah hari bulan Ramadhan.

Setelah dua minit gua pun melalui Jenang. Jenang ni, kalau diikutkan cerita, keras jugak tempat ni dengan batu tepi jalan, batu atas jalan, tiang-tiang eletrik dan tidak kurang dengan orang dukung anak tengah-tengah malam lintas jalan. Itu cerita orang, gua tak pasti kesahihannya, orang yang kata pernah terlihat tu pun gua tak jumpa lagi. Entah ada ke tak orang tu. Tapi kalau kat selekoh kat padang kampung gua tu, percaya jugak gua. Itu hari masa gua tak pandai lagi bawak motor dan tengok Futurama tak sempat habis, nenek Piyudin, Mak Teh Soh, cakap pernah terserempak orang berkelubung bawak anak lintas dari semak sagu. Peh, seminggu dia punya demam.

Habis selekoh sebelum Jenang, gua tingkatkan sedikit kelajuan kereta gua. Gua tekan pedal minyak sedikit ke depan. Sejak dari gua mula mula pandai bawak kereta balik lewat malam lagi, gua memang laju kat kawasan tu. Cuma ada sekali hari hujan lebat, gua serba salah nak bawak laju ke tidak. Member gua pulak boleh bukak cerita pengalaman orang lain kat kawasan tu sebelum gua pulang.Dari pengalaman gua menonton cerita seram, adegan hari hujan malam-malam memang biasa. Iklan radio pulak tak kasi bawak kereta laju-laju masa hujan lebat. Celaka, meremang bulu gua tengok ada lembaga kat tepi jambatan masa tu. Gua lajukan jugak kereta gua. Bila gua dekat, baru gua perasan itu hanyalah sebatang signboard berdiri. Terus-terus hati gua jadi lega. Masa gua bawak motor bapak gua begitu jugak. Motor bapak gua pun satu hal, tak boleh menampung kelajuan. Gua hanya pasrah lalu depan tu perlahan-perlahan. Bawak motor lagi thrill, dengan hanya berbekalkan sehelai kemeja T, tertegak bulu roma gua rasa anginn lalu. Pergh, masa tu memang betul-betul seriau.

Cerita balik Kuala Lumpur, gua melihat sinar di atas jalan raya. Alhamdulillah, cerah jugak jalan kat Jenang dengan lampu kecik kat line-line tengah jalan. Jalan pun dah okey gua tengok, dah takde dah jalan berlekuk kat selekoh yang membuatkan gua seringkali rasa macam terbang bila lalu selekoh tu. Line putih pun dah warna putih betul. Hal ini membuatkan gua berasa gembira dan inigin membawa kereta dengan lebih laju.Mungkin ini hanya permulaan bagi sebuah kemajuan. Tahun 2015 nanti mungkin dah boleh pasang lampu jalan pulak. Masa tu mungkin dah ada kawasan rehat. Dekat kawasan rehat pulak mesti ada kedai makan seperti KFC, McDonald, Pelita dan kedai Bab Weil. Secara tidak langsung peluang pekerjaan semakin meningkat. Setidak-tidaknya budak-budak lepas SPM boleh bekerja di situ. Ini tidak, siang tidur, malam dan pagi main daun terup. Kalau tiba-tiba kampung gua jadi tempat tumpuan pelancong, bukankah ‘scene’ semacam ni kurang elok?

Gua tiba rumah gua pukul 2.44 minit pagi, kacau mak bapak gua suruh bukak pintu.

“Hello, ayoh ni? Buka pintu jap.. Sapa doh rumoh ni..”

4 ulasan:

  1. gua x sabar menanti 2015.mrang maju..
    amcm sang??
    entri yg plg pnjang..
    13.5 dr 14..

    BalasPadam
  2. muben..muben..hati kau keras..
    tapi..kau,,,,,

    BalasPadam
  3. muben??
    xde org len ke?

    BalasPadam
  4. owh.orang jenang. Marang pun kg halaman saya. Jarang dah dapat balik. Saya pernah dengar kt tv1 satu ketika dulu. DO cakap marang susah nak dibangunkan sebab tanah nye berbukit. Tapi Alhamduliilah sekarang dah nampak perubahan sikit kan walaupon tak sedasyat pekan2 lain.
    Kuala Berang lagi cepat maju dari tmpat kita kan? panjang pulak komen ;D

    BalasPadam