Ahad, 21 Februari 2010

Siti Saidatul binti Yusof gua rasa..



Memang betul la gua ikut dan sahaja. Kalau gua rasa nak bawak motor tak pakai baju, gua tak pakai baju. Kalau gua rasa malas sikat rambut, gua tak sikat. Kalau gua rasa nak pakai seluar pendek, gua pakai seluar pendek. Pernah sekali masa habis SPM dulu, gua pakai seluar pendek pergi masuk rumah Fatah. NI semua angkara Che piyoh. Datang rumah gua ajak pergi pantai. Masa tu memang gua pakai tengah seluar pendek lepak pekena tidur atas kusyen tak pakai baju. Jadi, gua perlu pakai baju untuk memenuhi kehendak beliau. Mati-mati gua ingat dia nak bawak gua naik motor pekena air nyior kat Kelulut, rupa-rupanya di bantai bawak gua pergi rumah Fatah atas bukit Sekolah Marang pekena air seratus.Celaka! Masa tu bapak Fatah ada kat rumah, kebetulan pulak bapak Fatah ustaz. Ceh, makanya tak menang tangan la gua tutup lutut gua belakang meja. Masa tu minum air pun gua tak boleh pergi, nak sembang-sembang berabuk pasal masa depan pelajaran gua apatah lagi.


Dalam hati siapa tahu. Begitu jugak gua, siapa tahu apa yang ada dalam hati gua? Walaupun gua dressing ikut dan, tapi gua nekad juga dalam hati gua nak cari minah-minah yang bertudung litup untuk dijadikan isteri. Paling cikai pun gua nak orang macam Kak Wardina sebagai isteri gua. Semasa tingkatan lima dulu, gua pernah buat statement ni kat Rahimi. Bila minah kelas gua dengar, habis semua jadi gundah dan serba salah. Terus semua buat-buat betul tudung.

Nak dijadikan cerita, semasa gua kat PASTI dulu, gua memang berkenan kat seorang minah ni. Muka dia memang cantik sesuai dengan taste gua. Masa tu Maria Mariana tengah top, tak sangka pulak gua terpengaruh jugak. Rumah dia cuma sebelah PASTI, maknanya kalau gua datang, mesti dia datang juga. Baik orangnya.Tapi kalau dia datang, tak bermakna gua tak mengamuk kat rumah tak nak pergi PASTI.

Masa tu, dalam kalangan budak enam tahun dialah paling pandai. Dia nombor satu, gua nombor dua, betul gua tak tipu. Dahla cantik, bijak pulak tu. Masa tu, memang gua menaruh harapan pada dia selain gua menaruh harapan untuk memintas dia dapat nombor satu dan kereta Dash Yonkuro dari abang gua. Padahal, abang gua baru tingkatan dua. Tapi dah pandai janji bukan-bukan. Buku Mutiara Naga dengan Anak-anak Wira pun dia beli lepas tak guna duit belanja sekolah untuk makan. Tapi gua percaya pada abang gua. Seingat gua, ada sekali dia beli pedang kat gua kat kedai Angah atas pasar secara hutang. Tapi apakan daya, sampai habis PASTI, sekali haram tak pernah gua dapat nombor satu dan juga cinta dari minah dapat nombor satu tu.

Selepas habis PASTI, kami membawa hala tuju masing-masing. Gua darjah satu kat Sekolah Pengkalan Berangan, dia darjah satu kat Sekolah Bukit Jejulong. Gua pernah jugak apply ngan mak gua nak sekolah Bukit Jejulong, tapi tak dapat. Nasib baik hal ni tak mengganggu pelajaran dan permainan gua. Boleh lagi gua main tiang-tiang kat Sekolah Pengkalan Berangan tiap-tiap kali rehat. Lama-kelamaan, pengaruh Maria Mariana semakin terhakis dari diri gua, dan gua dapat melupakan dia dengan pelbagai mainan 'tang' seperti 'tang duduk', 'tang buaya' dan 'tang ngejor'.

******

Tiba-tiba semasa sekolah menengah, pernah sekali gua pulang dari asrama, gua terserempak dengan dia. Mukanya semakin manis dengan dressing pakaian seragam sekolah agama. Hati gua kembali terpaut. Tapi gua cuma pendamkan saja.

Habis SPM, gua masih memerhatikan dia. Dia masih lagi dressing macam sekolah agama. Hati gua jadi sejuk. Pandai dia ikut mak dia. Mak dia memang dressing agama agama. Tak pernah lagi gua tengok mak dia, Kak Yah tak pekena jubah dengan tudung labuh. Sangkaan gua, dia ni memang ikhlas untuk dressing agama agama. Tiada kompromi. Kadang-kadang ada jugak gua memendam perasaan. Tapi gua tak sampai hati nak appeal, takut nanti jadi semakin tak agama pulak budak tu. Nombor telefon dia gua ada, tapi gua buat sebagai simpanan sahaja.


*******

Baru-baru ni gua dapat tahu dia ada fesbuk. Gua cuba ushar foto.

Tapi, sebab apa dia cuma berlakon je depan mak dia?
Kenapa dia perlu paling seksi di kalangan kawan-kawan dia?
kenapa?

Celaka lu Siti!!

Kalau boleh, depan-depan dia gua nak sound. Berani nak mainkan perasaan gua!

13 ulasan:

  1. kehkehkeh..stended laa..anak ustazah laa hok kena tangkap beromen nye dekat tempat gua pun..

    BalasPadam
  2. hahahahahhahaha.....
    xpela....ko ambik jd bini...
    suruh dia pakai macam dulu...aper da~

    BalasPadam
  3. hoooo...terkecewa jugak la lu ye beb

    BalasPadam
  4. lorr...aku br nk mtk no ye nge mg...dok jd dh r...

    BalasPadam
  5. da banyak yg macam ni
    ape yg pentg
    jgn ikut sama suda

    BalasPadam
  6. aku pun kecewa.. kenapa la dia berpura2?? menjatuhkan maruah pakaian yg dia pakai.. hurmm..

    BalasPadam
  7. haha..kesian siti..
    hazwani mohamad ade,xpe2..

    BalasPadam
  8. lu percaya maria ozawa kat rumah pakai telekung?

    BalasPadam
  9. stalker gak ko ni sikit2 rupanya. keh3.
    sian ko.. sebak aku baca.
    aku paham sembak.
    jom tag team dengan aku ngorat makwe arab kat gombak. haha

    BalasPadam
  10. semak g kuaantan laa..

    suh sembak wat treatmen rambut dlu la...

    BalasPadam
  11. woi, sape berani mengata gua tu?!

    BalasPadam