Khamis, 11 Februari 2010

Ketua Pengawas

Yang tutup mata satu tangan menjulur satu tangan atas bahu tu Saidi, yang pakai spek tengok kat bawah tu Cikgu Muslimah.


Gua punya tempat masa tu sebelah kiri Saidi, sebelah meja guru. Sebelum tu, sebelum kena duduk pandang-memandang ni, gua duduk berdua bersebelahan dengan Shaun. Kebetulan pulak Shaun ni bukan Islam, maknanya bukan Melayu la. Memang tak masuk sangat kalau dengan Shaun gua nak sembang pasal Haji mabrur, Zakat fitrah, sembahyang tak sah ataupun M. Nasir. Masa tu nasib baik isu Allah tak naik lagi. Gua punya perbincangan cuma dalam skop seperti Michael Owen, David Beckham, Maya Karin ataupun 3gp. 3gp tu pun tak boleh terbuka sangat, kalau sebut "3gp keling-3gp keling," mau merajuk jugak beliau. Tapi lepas duduk sebelah Saidi, perbincangan pun biasa-biasa je. Bezanya cuma Saidi cakap Kelantan, Shaun cakap nak tiru Terengganu biarpun beliau ni dari kotaraya Kuala Lumpur. Ceh!

Berbalik kepada soal tajuk, Saidi ni merupakan ketua pengawas sekolah gua. Masa mula-mula dia naik dulu ada jugak orang cakap beliau boleh jadi ni sebab kakak-kakak tingkatan lima sebelum ni yang undi dia hanya terpikat dengan paras rupa beliau seperti Irwan Shah. Orang cakap la... Walaupun begitu, hal ini tetap tidak dapat menghalang beliau daripada berbuat perkara seperti dalam gambar kat atas.

Satu perkara lagi, walaupun beliau ketua pengawas, tapi tak bermakna beliau boleh ego dalam kelas. Dalam kelas, beliau cuma biasa biasa je,manakala gua pulak setiausaha kelas. Huh! Gua ingat lagi, gua dapat title setiausaha ni lepas gua lantik diri gua sendiri. Lama sikit baru perkara ini dapat diterima oleh budak kelas gua dengan hati terbuka, letak nama gua kat dalam carta organisasi. Tapi masa akhir tahun gua mintak pengesahan dari guru kelas gua untuk muatkan dalam sijil berhenti sekolah, merenung tajam jugak cikgu kelas gua tanya bila masa kelas tu ada setiausaha. Nada dia naik sikit macam biasa biasa. Padahal cikgu gua tu hari-hari masuk kelas masuk pintu depan selari dengan tempat terletaknya carta organisasi. Dia tak fokus, gua pulak dipersoalkan.

Lantik sendiri lantik sendiri jugak, tapi tak bermakna gua tak buat kerja. Masa jamuan akhir tahun, gua jugak buat surat mintak duit derma kat bapak Izni, Najwa dan sape lagi entah. Masa tu bilik tingkatan gua sebelah je dengan bilik operasi majalah sekolah. Berkawan pulak dengan Redha yang ada tempat dalam pasukan majalah sekolah. Kebetulan pulak Redha tu budak kelas gua, alamaknya senang-senang la gua masuk bilik tu taip surat mintak derma. Afiq pulak budak kelas lain merangkap ketua dalam pasukan majalah sekolah buat tak puas hati ngan gua. Tu belum masuk lagi gua punya jasa dalam menguruskan bas sekolah untuk melawat Kamil yang kematian abangnya jauh kat Besut. Sekurang-kurangnya boleh jugak pekena naik bas dengan makan bihun goreng. Apa tak hero lagi ke gua?!

Tu sebab Saidi tak boleh nak kasar-kasar ngan gua dalam kelas. Dalam asrama bolehla sound gua suruh mandi pergi prep...

"Dua perkara paling besar dalam hidup seorang pelajar ialah belajar dan tidur. Dan aku memilih untuk tidur...,"
-Saidi

8 ulasan:

  1. aku setuju..aku pilih tido!!tido bleh hilangkan semue problems!!

    BalasPadam
  2. tidur tu jangan tak basuh kaki pulak!

    BalasPadam
  3. hahahaha..

    lu macam gilak kuasa!

    hhahahah!

    BalasPadam
  4. bukan gila kuasa la.. tanggungjawab tu
    hehehe

    BalasPadam
  5. tidur terkandung dalam falsafah pendidikan negara

    BalasPadam
  6. mantap r mu... tabik spring kat lu...

    BalasPadam
  7. jatuh minat kat saidi! kem salam kat dia!

    p/s: selamat la kalau budak aku tido dalam kelas..

    BalasPadam