Jumaat, 1 Januari 2010

Eksiden

Dari kejauhan gua nampak Heriy meluru masuk dengan garang. Heriy ni gua tengok berubah benar dari zaman sekolah dulu. Gua ingat, Heriy ni zaman sekolah hingus-hingus je. Gua ingat lagi, masa orang lain duk semat-semat pakai kemeja ataupun baju Melayu bergaya-bergaya untuk jamuan akhir tahun tingkatan lima dekat hotel, beliau selamba je pakai kemeja kaler hijau lembut, pakai tali leher warna hitam yang ada gambar kartun senyum banyak-banyak, pakai seluar kaler kelabu lusuh haram tak sepadan dengan baju dan tali leher, dan pakai spek mata orang buat potong balak. Betul,beliau pakai spek orang tebang balak. Yang bikar sekali sambung dengan cermin plastik. Haram tak bergaya. Tapi sekarang, seluar ranggi berjenama Romp yang remaja duk pakai tu pun dah cukup nak cakap Heriy ni berubah. Tu belum part rambut lagi.

“Erman!,” sengaja gua panggil nama hujung daripada nama penuh beliau, Heriy Erman nak kasi sesuai dengan imej garang beliau. Panggil Heriy kan, macam jambu pulak.

Heriy mengangkat tangan tanda dengar panggilan gua seraya bergerak pantas menuju kaunter kafe. Nak order makanan agaknya. Gua pun kembali sambung percakapan gua dengan Gebeng yang khusyuk tengah layan makan roti canai maplei. Gebeng ni pun, budak sekolah gua jugak. Sampai IPT pun sama lagi.

“Woi!,” kelihatan susur tubuh Heriy semakin dekat dengan gua dan Gebeng. Ikhlas gua kata, antara gua, Heriy dan Gebeng, Gebeng lah paling market. Gua ngan Heriy pun market jugak, tapi bukan dekat Malaysia la, belah Eropah. Dekat Malaysia ni, tak boleh jangka. Negro pun boleh berkenan.

“Woi Sembak, makang roti canai dulu a, wat alas perut..!,” nasihat Heriy pada gua.

“Aku ada doh lima posen ni, tambah dua posen lagi. Ada dok?,” lagi Heriy bersuara pada gua.

“ Ada berasa…,” gua pun seluk kocek belakang jeans gua.

“Ting!” duit seposen gua, gua kasi lepas kat atas meja. Gebeng masih dengan roti canainya.

“Owoh, seposen ja..?!,”

“Seposen lagi, takkan takdok? Beng, mung ado?” Gebeng terkejut dengan roti canai kuah kacang dal kat mulut mendengar soalan pantas dari Heriy.

“Aku ada..,” jawab gua tenang. Gua pun membuka dompet gua dan menterbalikkannya. Gua goncang sikit stail gangster. Gua ingat, cara ni mudah sikit nak kasi duit syiling yang melekat antara duit kertas jatuh.

“Ting!,” jatuh sekeping duit dua posen dari dompet gua.

Tiba-tiba, telefon pintar gua yang gua pegang sekali dengan pegang dompet terlujut dari tangan kiri gua. Gua nampak dengan mata gua sendiri. Telefon pintar gua, jatuh atas paha gua dulu sebelum berpusing dua kali atas lantai simen kafe.

“Weh..!” tanda gua terkesima, Heriy juga terkesima, cuma Gebeng tak terkesima sambil lidah menjilat lebihan kuah kacang dal kat jari. Apa benda terkesima pun gua tak pasti. Teksi Kumar gua tahu la, teksi kepunyaan Kumar.

Gua seraya bangun mendapatkan telefon pintar gua. Heriy bangun mencari roti canai. Gebeng je tak bangun pergi basuh tangan. Gua merenung telefon pintar gua. Gua dapati cermin utamanya retak menanti belah. Gua sedikit sedih. Gua ingat telefon pintar tu, gua ambik dari abang gua masa konsert awan biru dekat Terengganu itu hari.

Termenung jugak gua.

“Abis doh roti canai,” ucap Heriy dari belakang. “Sia-sia je henset mung berkorban..”

“Tukor henset a Bak, pakai henset macam aku..,” kata gebeng sambil tala lampu picit yang sudah diprogramkan dalam henset beliau ke muka gua.

“Lambat weh makanang aku siap..!” bilang gua genster-genster nak kasi Pak Cik dengan Mak Cik Aika yang duduk kat kaunter tengah kira duit dengar. Sambil gua menyandar berlagak kat kerusi.

Menggelabah gua tengok Pakcik dan Makcik Aika berdua lepas dengar gua sound. Huh! Baru tau gua ni gengster.

7 ulasan:

  1. bru ku taw shbt shbt ku ini gengster..
    mk ck n pk ck aika pn tkut..
    peeerrrrggghhh...

    BalasPadam
  2. lu pun baru tahu ke mubin..?

    BalasPadam
  3. owh
    kira gangster market eropah la ni
    patut cool semacam jer..

    BalasPadam
  4. mu x tau makcik pakcik aika gangster gk..hihi

    BalasPadam
  5. jatuh sikit saja sudah retak? low quality ke?

    BalasPadam
  6. diorang bukan mengelabah..saje je tu

    BalasPadam
  7. yeee...
    bru ku taw..
    tp..
    ku xtaw erman ad tie ad gmbr snyum2..

    BalasPadam