Khamis, 12 November 2009

" Sem depan, awak kena berubah. Awak kena datang awal kelas, jangan lambat2. Baru berjaya. Sem depan saya nak perhati awak, awak datang awal ke tak.."

Pagi tadi, gua paling champion bangun tidur semayang Subuh dalam kalangan member-member bilik gua. Tapi, apa guna champion kalau bangun bangun, matahari dah sengih-sengih kat luar. Sejak telefon pintar gua tak bising-bising nyanyi lagu marabahaya pagi pagi, jarang benar gua dapat bangun awal lepas tu tidur balik.Kelas gua start pukul 8 sampai zohor. Alang-alang dah terlanjur gua bangun tak sempat tidur balik, baik gua pekena mandi pagi. Bermodalkan ubat gigi safi kayu sugi milik gua dengan sabun mandi krim milik Jepah Saser, gua bergerak ke bilik air pekena karaoke.

Gua tiba kat tempat pengajian Bio 3 awal-awal. Dalam enam orang jantan, gua yang ketiga. Orait dah tu. Tapi kelas sepatutnya tamat pukul sembilan, lecturer gua buat nakal lepas pukul 9.14. Pukul sembilan dah start kelas Kimia 3, ni gua lewat lagi ni sah-sah bukan sebab gua. Dalam hati gua dah terpampang idea nak jawab ngan lecturer kimia 3.

Dalam pelayaran mencari ilmu Kimia 3, gua dapat kesan perut gua tak selesa sebab tak pekena makan pagi. Tapi gua maintain rilek je, " Lepas kelas la pekena kuih sebarang dua..", hati gua memujuk diri gua supaya menjadi lebih positif. Nak jadi cemerlang, kena positif kata Dato' Fadilah Kamsah.

Lecturer Kimia 3 pun buat-buat nakal lepas kelas masa nyaris-nyaris. Gua ambik jam gua dalam poket buat tengok. kata amoi jual jam, jam gua jam orang-orang sukan. " Haiya, ini jam boleh buat main, boleh kasi kena air, tapi jangan rendam maa..", nasihat dalam bodek amoi jual jam kat gua masa gua nak angkat jam tu kelmarin. Jam gua tunjukkan nombor 10:57. Ces, pukul sebelas dah nak kena belajar jadi ustaz ustaz! Tema Asas Dalam Al-Quran nama subjek tu. Tapi sebab gua belajar ikut Bahasa England, dia dah jadi Basic Theme of Al-Quran. Memandangkan gua lapar sangat sangat, baik gua pekena kuih dulu. Gua pikir ustaz baik-baik saja kalau masuk lewat pun.

Masuk kafe, gua nampak Fahmi Eto'o, budak sekelas gua tengah cari-cari makanan.

"Weh, mung takmboh gi kelah BTQ ke..?", sound gua guna dialek ibunda gua kat beliau. Memandangkan dia pun budak Terengganu, gua tak risau mana kalau-kalau dia tak paham. Lain la kalau dia orang Sudan macam Hamudi, tergagap-gagap jugak dia nak jawab.

"Rilek lu, makang-makang lu. Gi awal-awal pung, bukang sedap ustaz ngajor. Boring..", jujur betul jawapan Fahmi Eto'o. Setuju benar gua dengan cadangan kreatif beliau.

Gua pekena kuih moden tiga keping. Fahmi Eto'o ngan Shafiq Nai'm, member sekelas gua jugak, pekena roti canai. Dalam 15 minit, baru kami basuh-basuh tangan blah pergi ke kelas.

Gua dah agak, masuk kelas rilek-rilek je. Ustaz tak jeling pun, apalagi nak marah-marah. Yang jeling-jelingnya perempuan, tengok rakan sekelas mereka yang segak bergaya bak Dato' Shahrukh Khan.

*******
Gua kira dah lama benar gua dengar ustaz bagi ceramah dalam Bahasa England, ada kot dalam 43 minit. Tiba-tiba bisik Fahmi Eto'o, " Baru 15 minit.." Aduh, hairan benar gua. Gua pun berbisik balik kat beliau, " Kalau kita masuk lagi lewat kan best.."

Senyum-senyum Fahmi Eto'o. Gua pun sambung melukis gambar-gambar rumah, Power Rangers dan Mat Rok rambut gerbang kat atas buku nota subjek " Basic Theme of Al-Quran".

Huh!

* Cilakak amoi jual jam! Sebab jam dia jual,tak pasal-pasal gua datang awal kelas tunggu orang petang tadi. Nak suruh cepat konon. Ces..!

5 ulasan:

  1. teringat zaman belajo kat U dulu..

    behnya...

    clasmate yang lelaki biasa r bab2 datang lambat ni..siap suh tlg sign atenden lagi

    hehehe

    nway salam ziarah

    BalasPadam
  2. Haha.. best sgt ke u..? assignment hari2, tertekan beb..

    lagi best skolah rendah, tgh2 hari pun boleh lagi main kejar2.. haha

    terima kaseh singgah kat gua punya blog, ziarah!

    BalasPadam
  3. kalu lue asyik tido je camne nak pandai bro

    BalasPadam
  4. belajar ilmu agame memang cam tue.setan ramai......................

    BalasPadam
  5. haha.. betul tu tanpa nama.. sebab tu kita kena berdoa sebelum belajar, masa tu, gua lupa nak baca doa.. haha

    BalasPadam