Ahad, 15 November 2009

" Peduli apa ngan indie, Islam pun tak tertegak lagi..", jawab Ahmad Syaher yang ketika tu pakai seluar betul2 paras lutut..

Minggu ni IPT gua buat satu karnival yang paling meriah selama gua belajar kat sini. Nama karnival tu, Karnival Sukan dan Seni Mempertahankan Diri 2009/2010. Tapi budak-budak ni lebih suka panggil 'smek', daripada panggil panjang-panjang macam nama betul dia.

Sekaki-kaki bangku macam Ronaldinho gua pun, gua dapat masuk acara bola sepak padang. Karnival ni kena lawan ikut persatuan-persatuan budak-budak belajar. Gua masuk team Persatuan Budak-budak sains medikal ataupun mesra dipanggil Medsi.

Member gua, Mat Arsenal, wakil merangkap kapten Persatuan Budak-budak Kejuruteraan, ataupun dipanggil Injen pernah cakap sesuatu sama gua. Penuh konfiden dia bilang, " Bertemu final a Medsi ngan Injen.."

Malam semalam, suku akhir,

Persatuan Budak-budak Kejuruteraan (Injen) 0-1 Persatuan Budak-budak Pra-Sains (Pres)
Persatuan Budak-budak Sains Medikal (Medsi) 1-2 Persatuan Budak-budak Ilmu Wahyu (IRK)

Dua-dua mampus suku akhir. Hahaha.. Nakal jugak Mat Arsenal yek..

*
" Cis, sia-sia je bayar baju 70 ringgit. Kalah suku akhir gak..", rungut Wan Labi, member tim gua selepas habis berlawan dengan hati yang masih rasa celaka ngan penjaga gol IRK.

7 ulasan:

  1. mane bola ni payah...
    maen MLM la senang nk score...
    farmasi pon pakai y jenis piramid punye...

    -org RTM-

    BalasPadam
  2. firol,
    mana ada jersi EPL. bukan budak sekolahg ni, ckgu tolong belikan

    org rtm,
    ni pensel 2b kn..?

    cik epal,
    dah tu, apa yg best?

    BalasPadam
  3. mana ada panggil smec,smac la!

    cian kena byr 70...xpa2,at least dpt exp,kan?blh lvl up! :P

    BalasPadam
  4. mane update baru broooooooooooo.....................

    BalasPadam
  5. lama aku tungu do........mana update nyer.....

    BalasPadam