Sabtu, 7 November 2009

Fesbuk


Versi lewat sem dua gua,

Di suatu tengah hari yang damai. Angin meniup hawa panas dengan tenang. Burung berkicauan mengorat sesama mereka, rama-rama mengawan dengan jantina yang tak sama jenis, daun2 yang tak sempat gugur pada waktu pagi gugur ke tanah dan mamat2 pejabat sedang bersedia untuk pergi ke mapley2 bedekatan untuk berborak maki kerajaan dan syarikat sambil jeling2 minah2 pejabat syarikat lain.

Di dalam sebuah bangunan yang sedia beraircond separa sejuk sedap2 badan, kipas berpusing dengan level 5, gua, member2 gua yang pakai seluar slack kain licin berkemeja kemas masuk dalam seluar dan rata-ratanya macam lahabau dia punya cair cakap Bahasa England, minah2 kelas gua yang manis2 bertudung pun haram jugak dia punya cair bahasa England, serta lecturer biologi gua yang masih muda gua kira tapi dah beranak dua berada dalam suatu sistem pembelajaran yang dipanggil kelas Biologi I. Masing2 punyai masa depan yang cerah, kecuali lecturer gua yang dah lalui waktu 'masa depan' yang dia borak2 dengan member2 dia waktu muda remaja dulu. Gua macam biasa, rilek- rilek saja, ada yang gua paham, ada yang gua haram tak paham. Tapi gua diam2 saja kalau tak paham. Apa gua nak main tanya2 lecturer, tak bunkfes la.

Masa tu dah hujung2 sem, belajar pun rilek2 saja. Setelah habis sesi bincang pasal benda2 yang ada kaitan dengan tajuk sistem pembelajaran gua, lecturer gua bukak cerita pasal fesbuk. Apa benda binatang fesbuk pun gua tak tahu. Mainan yang kena pakai wang, pakai internet. Gua komputer pun takde, kejadah gua nak bela2 internet. Hiburan yang mewah2 ni takde lagi dalam gua punya kamus hidup. Masa tu, gua punya hiburan cuma main bola gol selipar pada hari petang, pecahkan rekod game snake xenzia dalam gua punya henset, dengan tidur mimpi gadis-gadis. Oh, gua lupa, satu lagi ialah tengok minah2 IPT gua keluar pergi pasar malam tiap2 hari Selasa sambil gua buat bunyi ‘puit-puit’. Itu saja.

Jadi, perbincangan yang lecturer gua bukak tu gua tak berminat nak beri komitmen. Gua diam2 saja sambil tengok minah2 ngan mamat2 gembira2 cerita pasal gambar la, peristiwa itu la, ini la. Meriah juga perbincangan mereka. Kadang2 gua tengok jam, tanya kepada diri gua sendiri bila la kelas nak bersurai. Biasa la, bagi gua, kalau kelas, waktu bersurai la paling seronok. Kadang2 kalau sambil sembang tu lecturer gua jeling gua, gua buat2 baca nota. Gila gua nak angkat kepala pastu diam. Mana boleh lecturer gua tahu yang gua ni tak tahu tentang fesbuk. Jatuh la standard gua.
Tiba2 sorang mamat tanya,

“Madam, apa nama madam dalam fesbuk?”

“Ala.. awak taip saja Azlina, lepas tu awak cari la yang mana satu saya..”

Jawab madam gua galak senyum2 manja..

"Apa benda la lecturer gua merepek ni..", ucap hati gua keliru.

..Sejarah bai..

*******

Versi awal2 sem selepas sem di atas.

Sem baru ni gua dikehendaki membuat assignment pakai word. Ini la kali pertama gua kena pakai word buat kerja selama gua belajar kat IPT gua. Nasib gua, kakak gua yang kerja dengan kerajaan, yang kerja kena buat budak liar jadi menikus, kena buat budak yang murung jadi seceria warna pelangi dengan ayat2 manis tawarkan laptop dia kat gua. Dia kata kerajaan dah bagi laptop kerajaan untuk dia bela. Laptop Acer tahun 2005, berat, hodoh dan tak ranggi gua terima saja. Janji gua boleh buat kerja gua pakai word elak kena sound dek lecturer, boleh pekena filem sambil baring2, dengan dengar lagu Metallica sepam dua sebelum tidur. Itu pun dah cukup bagus.

Lagi sekali gua punya nasib ada ong. Baru2 je datang bukak sem, IPT gua baik hati kasi internet free. Tanpa caj sembunyi2, tanpa caj bulanan. Gua gembira, member2 yang tumpang komputer gua pun gembira sama. Daftar je internet, gua terus bukak fesbuk. Gua taruk nama gua Sang Harima.

Fikir2 balik, sambil2 nyanyi lagu titian perjalan XPDC dalam hati, gua sedar apa kebenda gua boleh buat dengan fesbuk ni. Termenung sekejap, gua punya idea pun datang…

Disebabkan gua mementingkan kredibiliti dan kepentingan sejagat daripada paras rupa, gua pun cari mana2 minah lawa2 untuk gua jadikan ‘friends’..
Tak salahkan..?

..sejarah bai..

3 ulasan: