Sabtu, 22 Ogos 2009

Sang Harima?

Ramai orang tanya gua, kenapa Sang Harima?
Setelah sekian lama gua tak endah soalan simple ini, hari ini gua nak membuka satu rahsia macam mana gua boleh nama sebangang ni.

Gua baru je masuk sebuah institut pengajian tinggi kat sekitar PJ, masa tu ada kot dalam seminggu.. Dalam gua tengah boring, member gua ajak gua pergi CC.. Asalnya gua hanya teman member gua je, duk bertenggek dekat dia yang khusyuk melayan satu laman sosial-friendster.. Tapi, disebabkan boring yang melampau, gua pun tempah jugak satu komputer.. Yang masalahnya, gua pun heran, macam mana la boleh wujud lagi CC sebangang tu di era ini.. Game yang paling hebat dalam komputer tu ialah Counter Strike.. Takkan la gua nk main game perang multiplayer tu sorang-sorang... lagi la gua nampak bangang...
Gua yang buta IT ni, terpaksala layan internet.. Kalau internet laju, gua no hal, bolehlah gua layan Youtube tengok Ronaldinho, tapi internet dia lembap nak mampus. Gua pun buka je la web yang macam member gua buka. Secara terpaksa, gua pun sign up la. Masa gua nak bagi nama tu, gua secara tak sengaja terbayang nama Sang Harima...

p/s:Biasa je kan cerita dia? sape baca ni memang rugi...

2 ulasan: