Sabtu, 10 Mei 2014

Heriy Erman, Pendidikan dan Persahabatan.

(2006, Wakaf Tembusu)

Saya masa ni umur tingkatan empat dan dikelaskan dalam kelas 4 Ungku Omar. Saya pun tak kenal sapa Ungku Omar ni. Dan saya tak kisah pun tak kenal dia. 4 Ungku Omar kalau pendek dia jadi 4UO. Sebab kelas saya ni steady, kadang-kadang ada jugak orang bila tukarkan balik UO ni jadi panjang, dia jadi 'Utak Odang'.

Dalam kelas ni saya ada satu orang kawan nama Heriy Erman. Saya dan Heriy Erman ni rapat la jugak. Mungkin sebab masa tingkatan tiga dulu saya sekali dengan dia jadi simpanan untuk pasukan kawad PBKM sekolah. Jadi simpanan untuk pasukan kawad ni adalah antara karier yang dipandang rendah masa saya sekolah dulu. Mungkin sebab tekanan yang sama-sama dipandang rendah, maka kami lebih senang untuk bersatu dan seterusnya menjadi kawan. Macam dalam cerita Braveheart tu. Entah la, saya tak kisah pun jadi simpanan ni. Saya mampus tak minat join kawad ni. Tapi sebab itu jam kalau menang dapat pergi Perlis, peduli apa saya orang nak pandang macam mana pun. Baju sekolah saya bukan diorang yang belikan. Dekat Perlis masa tu, kami menginap di sekolah Teknik apa entah. Kebetulan bawah katil tempat kami tidur tu, ada satu majalah tempatan yang cerita pasal artis. Saya pun tak ingat nama apa majalah tu. Tapi, dalam majalah tu ada satu sisipan lirik lagu yang Ruffedge dengan VE menyanyi tu, Irama Pop Pop Yeh Yeh ke apa entah nama tajuk dia. Masa orang lain sibuk berlatih kawad, kami dan ada dua orang lagi peserta simpanan menyanyi lagu ni bersama-sama kat dalam bilik. Boleh jadi juga, peristiwa ni mengukuhkan lagi persahabatan kami. Ah, mampuslah! Tak penting pun.

Berbalik kepada cerita kelas, ada satu subjek yang ramai sepakat untuk kata subjek ni adalah antara subjek yang paling bosan, iaitu Sejarah. Subjek Sejarah ni untuk kelas kami, Encik Saifuldin yang hendel. Encik Saifuldin ni pula, selain ada misai dengan potongan rapi, beliau juga mempunyai potongan badan bersaiz almari. Dia kalau badan besar, lepas tu yang jenis pemalas, no hal. Tapi Encik Saifuldin ni, bukan sahaja berbadan besar, tapi mempunyai sifat yang garang juga. Dah la beliau ni cikgu disiplin, lepas tu pegang PKBM pula. Memang la budak budak tak suka. Mana ada orang suka cikgu askar yang jadi cikgu disiplin. Orang kata, dulu dia ni askar wataniah. Sebab tu ada sekali tu masa kami berkemah dekat kem askar Seberang Takir, jurulatih kami Sarjan Rahim panggil Encik Saifuldin ni 'tuan' dan siap kasi kerusi lagi untuk beliau duduk. Peh, nampaknya cikgu Sejarah saya bukan runcit runcit punya orang.

Encik Saifuldin ni mengajar Sejarah, tak tahu saya nak cakap apa. Nak cakap boring kan, takut kecik hati pulak cikgu kita. Dah la cikgu ni ibarat lilin yang membakar diri. Tapi, kalau jenis mengajar pakai baca je buku teks, silap silap Arwah Ungku Omar pun boleh terbaring. Tapi, sebab saya kata tadi dia ni askar, bosan tak bosan pun, pakai tahan je la. Padahal, kalau Sir Zack ajar, steady je tiga puluh tiga puluh orang tidur dalam kelas takde rasa pun takut takut la Sir Zack ni kecik hati. Amboi kalau hari guru, bukan main ucap hari guru. Cuma kadang kadang dalam baca buku teks baca buku teks tu, ada la sekali sekala Encik Saifuldin ni buat kelakar. Jenis buat kelakar pakai sifat orang. Contohnya macam, "Hah, gigi mung mana Heriy?" Kalu tak kena kat kita, sedap la kita ketawa.

Encik Saifuldin yang paling segak sekali

Selain daripada mengajar pakai buku teks, Encik Saifuldin juga menyediakan satu buku latihan yang kita kena tulis balik berdasarkan buku teks. Buku tu bagus juga, sebab dia dah susun elok-elok macam nota ringkas supaya nanti senang kita nak stadi. Bila kita dah isikan tempat kosong yang disediakan, nanti mudah untuk kita mengulangkaji semula apa yang dah tertulis dalam buku teks. Rajin dan malas je beza dia.

Cuma yang tak bagusnya, ada satu kali tu Encik Saifuldin nak check buku latihan yang dia kasi tu dah siap berisi ke tak. Faking hell. Kucar kacir saya dibuatnya. Orang lain kucar kacir jugak, tapi mereka ni ada la isi sikit sikit. Saya ni, haram satu perkataan pun tak isi lagi ni. Masa tu dah masuk bab ke empat. Gampa la saya nak siapkan empat empat bab tu dalam satu malam. Sejarah ni satu bab satu bab kau tahu la panjang nak mampus. Dah la pasal Srivijaya. Ko suka kisah Srivijaya? Sifat menyesal mula meresap dalam diri saya. Kenapa la dulu masa cuti saya tak siapkan? Padahal kita semua kan dah tahu yang Encik Saifuldin ni orang yang macam mana.

Macam saya cakap la, Encik Saifuldin ni bukan calang-calang punya orang. Setiap katanya, akan dikota. Dikota saja tak ada hal. Jenis lepas dikota tu, ada pulak denda yang bukan bukan. Siapa yang kena, Tuhan saja tahu betapa pedih hatinya. Saya pun tak tau, kenapa la askar ni Tuhan bagi banyak akal dalam nak dendakan orang. Ada sekali tu kes saya pergi prep malam lambat sebab pekena nasik kat kantin. Kalau tak silap Heriy Erman pun ada sekali masa tu. Jumpa dengan dia, dia suruh jalan itik lalu depan perempuan yang tengah stadi dekat meja simen dekat sebelah tandas. Jalan itik tu dah la dah lenguh kaki, lepas tu lalu pulak depan perempuan. Aaron Aziz pun hilang macho kalau macam tu gaya. Cuma bila kita fikir balik. idea sapa tu yang out of the box sangat letak meja stadi dekat sebelah tandas?

Atas sifat inilah semua orang jadi tak berani dengan Encik Saifuldin dan kami semua bertungkus lumus menyiapkan nota tersebut. Tapi saya masa tu gelisah lagi. Dalam hati tak habis habis kata, "Dok dang ni, dok dang ni.." Dalam kegelisahan itu, saya pun dapat satu akal bahawasanya yang saya ni dah tahap kena pasrah.  Sangat kena dengan jiwa saya yang pemalas. Saya cuma nak kena cari satu lagi kaki untuk join saya dalam kepasrahan. Ada saeng ni, rasa steady sikit. Masa tu la saya ingat Heriy. Saya tahu, jiwa Heriy kental dan lagi berani. Genster pulak lagi. Dan dia pun saya confirm sangat la macam saya, tak buat benda satu pun lagi.

Saya dapatkan Heriy. "Weh, kita dakyoh wat la. Kalu kita kena denda pun, kita kena denda sama-sama." Hasut saya dengan kemas. Masa tu, memang saya betul betul give up. Encik Saifuldin pun satu hal, bagi kerja banyak banyak nak buat apa? Tahu la dia ni bekeng, tapi beragak agak la sikit dengan anak murid. Bukan ke keserdehanaan itu sifat yang mulia?  "Ye dok mung? Aku pun malas ni." Heriy seperti termakan hasutan saya. "Ni aku kan ni. Dokkan la mung dok caya?" "Hmm, molek-molek. Kita dakyoh wat sama sama." "Bereh Heriy, mung memang saeng." Tutup saya dengan kata-kata semangat persahabatan. Saya tengok Heriy senyum. Entah senyum ke sengih, saya tak dapat beza. Amboi masa tu saya bukan main kepalang gembira. Kerana gembira, saya pun pergi ke perpustakaan. Pergi ke perpustakaan buat apa lagi, mengorat adik Solehatul Afifah la.

Tak cukup di kelas, habis prep malam pun menuju ke dorm masing masing, saya confirmkan lagi sekali operasi berani mati yang dipersetujui dengan Heriy. Disebabkan Heriy duduk di floor Merah dan kebetulan floor Merah tu satu tingkat lebih tinggi dan berhadapan dengan floor saya, saya terpaksa mendongak kepala ke atas. "Woi, ingat tu Heriy. Dakyoh wat tu. Aku percaya ke mung!" Laung saya dengan sedikit kuat. "Horr.. Bereh bereh!!" Balas Heriy dengan lebih kuat. Mungkin sebab dia lagi gengster, dia lagi berani nak sound dengan lebih kuat. Saya pun angkat tangan tunjuk isyarat 'rock'. Malam tu saya tidur awal. Entah, saya pun tak pasti tidur awal ke tidak. Kadang kadang ada jugak saya malam malam saya bazirkan masa teman Syazwan Kamaruddin salin lirik lagu yang dia dengar dari walkman. Ah, mampuslah tidur awal ke tidak, yang pasti saya sangat gembira. Lagi lagi bila mengenangkan Tuhan hadiahkan saya sahabat sejati macam Heriy Erman.


******

Besoknya, saya ke kelas dengan penuh ketenangan. Tak ada apa yang merisaukan saya pada hari tersebut. Hinggalah tiba waktu Sejarah, dan Encik Saifuldin pun masuk. Saya jeling Heriy, Heriy jeling saya. Kami sama sama senyum. Senyum rock. Selesai sahaja upacara bagi salam cikgu masuk dan Encik Saifuldin duduk, dia terus mintak kerja sekolah. Setiap katanya, akan dikota. Satu persatu orang mengadap meja dia depan papan putih. Orang yang macam ada sikit sikit lagi tak siap, akan siapkan dulu dan bagi orang yang benar benar yakin je pergi dulu. Dia semak sekali belek. Bila dia puas hati, dia benarkan muridnya kembali ke tempat duduk. Sampailah ke giliran saya. Saya tenang sahaja bangun. Rock mesti tenang. Dia belek buku saya, dia tenung saya. "Banyok sangat cikgu. Dokdang." Jawab saya masih lagi tenang. Tapi sebenarnya saya telan air liur. Saya ni tak ada la berani sangat. Cuma ada makwe je dalam kelas tu, sebab tu saya berlakon tenang. Walaupun bukan makwe saya, tapi malu la kalu rock gelabah. Renungan dia masih lagi tajam, "Mung gi duduk luor, mung wat siap depan koridor nung. Lagi dok siap, jangan masuk."

Saya pun keluar ke koridor. Dalam kepala saya, "Lepas ni Heriy pulok hok tubek. Buleh la buat sembang. Heriy ni sape sape pun dia dok takut." Saya senyum dalam hati. Sambil berdiri depan koridor, sambil anak mata melihat giliran Heriy Erman pulak yang kena hadap Encik Saifuldin. "Cepat sikit Heriy. Dakyoh gi tunjuk dakpe, tubek je selalu." Kata saya, dalam hati je la. Tiba-tiba, apa yang dirancang tidak berlaku. Seperti ada pembelotan dalam rancangan kami. Dengan mata kepala saya sendiri, saya nampak Heriy Erman duduk balik ke kerusi dia. Saya pandang dia dengan penuh tidak kepercayaan. Dia pandang saya, dengan satu senyuman kat depan tak ada gigi. "Celaka!"

Mulai saat itu, saya mula belajar apa makna persahabatan.



p/s- "Buat apa tu Shafiq? Bakpe dok masuk kelas?" Tanya cikgu yang lalu lalang depan pejabat sekolah dan bilik guru. Masa tu saya sengih je tak tahu nak jawab apa.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Wan Sha..
    Saya ada beberapa soalan nk ditujukan..
    Hmm.. Sape sbnrmya "Sir Zack" ni?
    Bolehkah saya berkenalan dgn adik Solehatul Afifah?
    Waktu tu Class mate kita yg skali satu skolah dgn mung ada x kat tmpt kejadian?

    BalasPadam
  2. Susah aku nok jawab soalan mung ni.

    BalasPadam
  3. begini sebenarnya sikap heriy erman.ish3

    BalasPadam
  4. Tobak eh natam eri belot ke mu bak

    BalasPadam