Khamis, 29 Ogos 2013

Cerita yang Memilukan Pasca Raya.


(2007, Wakaf Tembusu)

Lagi tak sampai sebulan, ada SPM. Tapi itu tak menghalang rasa mengantuk yang menghantui saya pada hari itu. Ini mesti kes tengok Manchester lawan Arsenal malam tadi. Sekolah pun entah apa-apa. Apa cerita nak pergi tengok bola pun kena jadi askar? Pagar tembok tu dah la tinggi sayut, pulak tu ada kerawat lagi. Montona Seafood tu pulak, bukan dekat dekat anak nak pergi jalan kaki. Malam tadi pulak kebetulan masa nak balik ada Cikgu Rahimi round asrama. Tak pasal-pasal kena lepak dulu dalam kelas budak tingkatan dua. Perjalanan yang panjang malam tadi tak salah kalau saya anggap penyumbang utama mengantuk saya pada ini pagi.

Jamuan raya ini pagi pun tak best. Kena ikut kumpulan mentor mentee. Saya punya kumpulan ni memang boring, pasal semua laki-laki. Entah cikgu mana la yang mencaturkan kumpulan mentor mentee ni, langsung tak mencerminkan keadilan. Kumpulan mentor mentee Syazwan Kamarudin tu, dah la mentor dia Encik Asaari ni selalu ajak makan, makwe-makwe lawa pulak semua masuk situ. Kumpulan mentor mentee saya pulak macam gampa. Nasib baik pagi tu ada sate.

Lepas habis jamuan, sedang murid kebanyakan pakai baju raya masing masing menuju ke kelas, saya pula dari dewan makan terus membelok ke kanan menuju ke dorm Hijau 6 sebagai persinggahan saya untuk terus mengejar mimpi.

Itu hari adalah hari Ahad. Kalau hari Ahad, waktu paling hujung tengahari ada subjek Matematik Tambahan. Matematik Tambahan ni Cik Norhayati yang ajar. Kebetulan Cik Norhayati ni pulak adalah guru kelas saya dan pada masa yang sama, beliau seorang yang garang. Jadi saya dah setting elok elok dengan Ariff Sani, member kelas saya nanti masuk tengahari kejutkan saya. Dengan Cik Norhayati ni takleh main main. Setakat ni takde rekod lagi orang berani tak datang kelas dia.

Saya pun tak tau semangat tidur dari mana yang saya ambik. Mungkin dari Pak Lah yang waktu tu jadi Perdana Menteri lagi. Walaupun dah dikejutkan oleh Ariff Sani, saya terus sahaja tidur. “Pergi mati la dengan Matematik Tambahan. Ini jam tidur mesti kasi solid punya.” Jerit hati saya. Tidur saya pada pagi itu memang solid. Bangun tak bangun, makan tengahari. Steady, steady.

Besoknya pagi Isnin, tak ‘menggaga’ saya nak jawab soalan apa dengan Cik Norhayati, dengan tak ada sijil sakitnya. Jawab sakit kepala pun tak boleh pakai. Akhirnya saya dihadapkan ke Encik Rahimi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

*********

Seminggu sudah berlalu, Ahad datang pula lagi sekali. Ini hari saya mengantuk juga. Saya pun beratkan kepala saya untuk menimbulkan rasa pening seterusnya berkata, “Weh, aku demam la ari ni. Royak a ke cikgu.” Apa nak jadi, jadi la. Dan itu adalah Ahad kedua saya memperoleh tidur yang solid sehingga makan tengahari.

Besoknya pagi Isnin, dalam kelas Matematik Tambahan, saya ditanya soalan yang sama oleh Cik Norhayati. “Awok gi mana mareng(semalam)? Poteng pulok ke?”

Tapi ini hari saya yakin sikit sebab semalamnya saya ada pening sikit sikit. “Demam cikgu.”

“Mana MC-nya? Ahh, awok poteng. Kekgi saye royak ke Cikgu Rahimi sekali lagi.”

Berdebar jugak saya. Apa cerita dua minggu berturut-turut kena kes sama?

“Saya sakit kepala sungguh ni cikgu. Logik la sikit cikgu. Takkan la saya nak ponteng dua minggu berturut-turut. Hari Ahad pulok tu. Mana saya berani.”

Dari jelingan matanya, Cik Norhayati seperti termakan dengan alasan yang berteorikan mantik tersebut. Tapi, ada perkara lain pulak yang lebih mendebarkan hati saya.

“Ooo.. Demam. Tapi saya rasa saya tau sebab apa awok demam..”

Tak berhenti di perkataan tersebut, dia terus menyambung.

“Saya rasa awok pening sebab rambut awok panjang sangat. Betul dok?”

“BETUUUL!!” Ramai-ramai rakan sekelas saya menjawab soalan tersebut dengan penuh kesungguhan walaupun kelas Pendidikan Agama Islam ramai yang tidur.

Saya hanya tunduk mengenangkan nasib dan masa depan rock saya.

******

Setelah berbulan-bulan,akhirnya saya terpaksa akur dengan desakan masyarakat dan sistem pendidikan negara. Petang itu saya potong rambut dengan rasa pilu.






p/s: Hari itu jugak, waktu tengahari ada mesyuarat guru. Habis mesyuarat, sekolah pun turut habis. Saya lalu depan bilik guru. Satu persatu cikgu yang jumpa saya, tegur, “Ohh.. Ni la Shafiq tu. Bila nok kerat rambut??”

Cilakak!

7 ulasan:

  1. Gua harap Dr. Muhidin Yassin dapat menyelesaikan masalah prinsip pendidikan negara dude. Mana ada kaitan prinsip pendidikan negara dgn rambut ala-ala heavy metal?

    BalasPadam
  2. Pergh! Mantap giler doh.. Taip je, terus terbit.. Xyah kene tapis pulak tu ulasan gua.. Lu memang real der..

    BalasPadam