Selepas saya layan sikit-sikit fungsi dan perbezaan antara Panax ginseng dan Eleutherococcus senticosus sempena peperiksaan Herbal Medicine untuk pagi besoknya, saya bergerak pula ke bilik tivi untuk melayan Rafael Nadal di Roland Garros. Saya tak minat pun Tennis ni. Tapi saya kasihan tengok rakan sekelas saya Alif Aikal yang kesedihan balik semula ke bilik bila dia pergi bilik tivi, ada orang dengar radio THR Gegar pakai astro.
Jadi saya mengajak semula Alif Aikal ke bilik tivi sebelum saya dengan bengis menghalau brader yang saya tak pasti entah apa la dalam kepala dia sampai sanggup dengar radio pakai Astro. Bapak la tak steady. Bila remote control dah mengubah astro ke siaran sukan, saya mengambil tempat di kerusi panjang ala ala bank bersama Alif Aikal bersedia menonton Rafael Nadal. Jika sebelum ini saya hanya melihat motorcross main atas tanah merah, malam tadi saya berpeluang melihat tenis pula bermain atas tanah merah. Live pulak tu. Steady, steady..
Kerana tenis ini bukan bidang saya, habis dua tiga pukulan saya pun balik semula ke bilik penginapan. Saya meninggalkan Alif pekena tenis sorang sorang.
Sampai di bilik sebelum memulakan semula pengembaraan saya ke dalam alam perubatan tradisional, saya terserempak dengan Shafiq Maaruf yang juga rakan sekelas saya tengah duduk mengadap nota di muka pintu. Menyedari ketibaan saya, dia terus bertanya, "Weh, ko rilek je..!! Ko tak stadi ke? Banyak kot herbal nak kena baca." Kepalanya mendongak memandang saya yang ketika itu dressing seluar askar. Walaupun umum sudah tahu Shafiq Maaruf ini handal dalam pelajaran dan kerap bertanya soalan di dalam kelas, namun itu tidak menghalang untuk menyebabkan raut wajahnya kelihatan cemas.
Melihat Shafiq Maaruf begitu cemas, saya membalas soalannya dengan penuh ketenangan. Ketenangan yang mungkin ada hanya pada Rambo dan saya.
"Banyak tak semestinya kita kena baca semua. Baca apa yang kita nak tau je.."
P/s: Kah kah kah. Padahal dalam ramai ramai budak kelas gua, gua la paling bangang sekali. Ada hati nak jawab macam tu.
Khamis, 6 Jun 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
naisssssss -Roy
BalasPadamHahha..steadyy je aku tgk kau td
BalasPadam